PENGENALAN AJIB

AJIB adalah baja yang mengandungi mikronutrien lengkap atau trace element (TE) dalam bentuk terlarut 100%. Ia direka khusus untuk menampung  kekurangan dan mencapai keseimbangan TE dalam tanah-taneh tropika.

Penggunaan baja AJIB akan membantu meningkatkan kandungan klorofil, kadar fotosintesis, merangsang pengeluaran hormon, aktiviti enzim-enzim dan pembentukan sel-sel dalam tanaman sawit untuk pencapaian hasil berganda dan kualiti yang maksimum.

Keberkesanan AJIB telah diuji dengan jayanya di ladang ESPEK Palong PRKT 2. Testimoni-testimoni kejayaan AJIB dalam meningkatkan hasil tanaman sawit telah diperolehi dari seluruh negara khususnya di kalangan pekebun-pekebun kecil. Teknologi baja AJIB kini telah mula mendapat tempat di kalangan pekebun kecil sawit dan telah mula menarik minat RISDA, FELDA dan FELCRA
.


KANDUNGAN MINIMUM BAHAN NUTRIEN AJIB

E.A. - 1                                                    110,000 mg / kg-1

E.A. - 2                                                    210,000 mg / kg-1

Copper (CuO)                                            5,000 mg / kg-1

Zinc (ZnO)                                                6,500 mg / kg-1

Boron (B)                                                  6,500 mg / kg-1

Manganese (MnO)                                      8,000 mg / kg-1

Molybdenum (Mo)                                      150 mg / kg-1

Magnesium (MgO)                                      20,000 mg / kg-1
  
Sulphur                                                     5,000 mg / kg-1


AJIB adalah baja yang mengandungi mikronutrien lengkap atau trace element (TE) dalam bentuk terlarut 100%. Ia direka khusus untuk menampung  kekurangan dan mencapai keseimbangan TE dalam tanah-tanah tropika. "Shelf life" AJIB ialah 5 tahun jika disimpan ditempat kering dan redup.
KESAN PENGGUNAAN AJIB
Warna buah keemasan
Timbul apabila direndam ke dalam air
Buah lebih berat kerana kandungan minyak lebih banyak.
Daun hijau berkilat
Daun "RANGUP" bila diramas
Pelepah mudah di potong
Akar tumbuh dengan banyak dan galak
Biji sawit berkualiti
OER tinggi
(OER En. Ahmad Sidek ~ 22-27 %)
Nisbah jantina - Bungan betina lebih banyak
UJIKAJI KANDUNGAN MINYAK DI DALAM BIJI SAWIT

Ladang Bukit Bujang ialah salah sebuah ladang milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Di sini terdapat 2 blok berasingan yang mendapat rawatan pembajaan yang berbeza. Blok 01A di aplikasikan dengan baja Real Strong dan AJIB. Manakala Blok 01B hanya di rawat dengan baja Real S**** tanpa AJIB. Aplikasi telah berlangsung sebanyak 2 kali. Dari segi hasil perbezaan nyata masih belum jelas.

Namun ujikaji kandungan minyak jelas menunjukan kawasan yang di rawat dengan AJIB memiliki OER yang lebih tinggi.






















Lazimnya buah yang banyak minyaknya akan timbul apabila di rendam di dalam air. Ujikaji ini menunjukkan AJIB mampu menjalankan sintesis meningkatkan OER / minyak. Biji sawit yang timbul adalah dari ladang yang menggunakan AJIB.   
1. TABURKAN BAJA AJIB SELEPAS 2 MINGGU BAJA NPK DI TABUR.
2. TABUR PADA JARAK 3-4 KAKI DARI PANGKAL.
3. KAEDAH TANAM ADALAH DIGALAKAN.
4. JIKA POKOK BERMASALAH GANDAKAN KADAR BAJA AJIB.
5. JANGAN TABUR PADA MUSIM KEMARAU.
6. IKUT ATURAN PENGGUNAAN DENGAN TELITI.
UMUR SAWIT
(tahun)
Kadar
(Gm)
Kekerapan
Aplikasi Setahun
Kos / Pokok
( RM )
Kos / Ekar
( 55 pokok / ekar )
1 - 2 125 1 Kali 0.47 RM 25.85
3 - 5 250 2 Kali 1.90 RM 104.50
6 ke atas 350 2 Kali 2.51 RM 138.05
KADAR DAN KOS PENGGUNAAN AJIB
RESEARCH & DEVELOPMENT AJIB


Aktiviti penyelidikan dan ujikaji telah dijalankan semenjak tahun 1999. Aktiviti ujikaji ini melibatkan :

1. Pekebun kecil persendirian.

2. Ladang milik PPN

      - PPN Johor di Ladang Bukit Bujang - PPN Pahang (PASFA) Ladang Sungai Gayong  - PPN Sabah di Ladang Sungai Rokan - PPN Melaka di ladang

3. Ladang milik PPK

      - PPK Maras - PPK Mersing Utara ( Ladang Labong ) - PPK Rompin - PPK Tampin - PPK Pekan - PPK Mawai - PPK Penggerang

4. Ladang milik agensi Kerajaan

      - RISDA - Sila rujuk laporan interim berlampir  - FELDA ( Palong Negeri Sembilan, Kemahang Kelantan, Aring Kelantan, Chuping Perlis, Maokil
        Johor, Peserta SKLT Felda Air Tawar 5 di bawah program Six Sigma, Tenggaroh - program OER Six Sigma ) -  FELCRA - Perak
                            
5. Ladang swasta

     - Asiatic - Sri Gading, Johor - IOI - Pusat Penyelidikan Gemencheh - LKPP - Merapoh Lepar Besar - Ladang Universiti Malaya - Tangkak - Ladang Rakyat Terengganu 
     ( Lembah Bidong )
TESTIMONI
Nama : Abdul Kadir Simpol
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 13 tan
Nama : Haji Mariah Ahmad
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 18.68 tan
Nama : Amir Jelanil
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 11.14 tan
Nama : Sulaiman Jupri
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 19.41 tan
Nama : Abdul Aziz Talib
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 17 tan
Nama : Haji Hambali Munir
Keluasan : 10 ekar
Umur pokok : 6 tahun
Hasil tertinggi sebulan : 17.45 tan
TESTIMONI DI ATAS ADALAH PESERTA SKLT FELDA AIR TAWAR 5 YANG MENGGUNAKAN BAJA AJIB. + lagi testimoni..
KESIMPULAN FORMULASI AJIB


AJIB  terbukti merupakan faktor yang berkesan mampu meningkatkan hasil tanaman sawit dengan membekalkan mikro nutrien dan membolehkan pokok kelapa sawit mendapat keseimbangan nutrien .

Sintesis sempurna tanaman sawit lazimnya mengambil masa 23-30 bulan. Dalam tempoh tersebut kesan yang sempurna ke atas tanaman sawit akan diperolehi di mana nisbah jantina boleh mencapai 90% pembentukan bunga betina. Perubahan fizikal iaitu warna daun yang hijau pekat, saiz buah dan tandan yang lebih besar juga boleh di lihat.


Walaubagaimana pun
BAJA NPK masih WAJIB digunakan sebagai sumber makro.

AJIB terbukti berkesan meningkatkan

- BERAT TANDAN SAWIT ( BTS / FFB )
- KADAR PERAHAN MINYAK ( KPM / OER)

Konsep umum ialah kita
MESTI membekalkan 16 nutrien secara seimbang bagi membolehkan tanaman mencapai kesimbangan nutrien.


Lazimnya penanam sawit akan menabur baja NPK yang membekalkan hanya 3 jenis baja Makro tetapi mengabaikan 13 unsur lain yang mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya Magnesium dan Sulphur adalah unsur yang meningkatkan kadar perahan minyak sekaligus menambahkan berat tandan. Biji sawit yang tinggi kandungan minyak akan terapung di dalam air tetapi lebih berat apabila di timbang.

Menggunakan AJIB setiap enam bulan dan baja NPK bagi setiap tiga bulan bermakna membekalkan nutrien yang seimbang kepada pokok sawit.

Kejayaan baja AJIB telah dibuktikan melalui ujikaji di ladang secara saintifik. Keyakinan menduplikasikan penggunaan AJIB pada kawasan yang lebih besar akan memberi pulangan lumayan apabila pokok sawit yang mendapat bekalan baja seimbang mengeluarkan hasil berganda.
Facebook  |  Twitter  |  YouTube  |  Google Maps
Hakcipta Terpelihara 2012 www.peladangtech.com.my. All Rights Reserved
Testimoni  |  Pengedar Rasmi  |  Hubungi Kami  |  Terma & Syarat  |  Ruangan Berita  |  Pautan Terkini