PENGENALAN KAMILA™

Baja KAMILA CRF™ ( Controlled Release Fertilizer ) adalah baja lepas terkawal yang lengkap dengan 16 unsur-unsur perlu makro dan mikro yang dirumuskan khas untuk tanaman sawit dan buah-buahan di tanah tropika.

Baja jenis lepas terkawal ini mengandungi nutrien seimbang adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia melalui teknologi Agglomerasi Polimer dari Jerman bagi meningkatkan serapan nutrien oleh tanaman secara efisien serta mengurangkan proses kehilangan baja akibat hujan lebat.


























Inovasi baja KAMILA™ juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tanaman sawit sehingga 30% berbanding baja biasa, ini adalah hasil dari kajian saintifik yang telah dijalankan di ladang bersama pakar runding dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selama enam tahun.
Unsur-unsur (16) yang diperlukan oleh tumbuhan untuk melengkapkan pusingan kehidupannya.  - Brady and Weil
Rajah di atas adalah baja KAMILA berbentuk nuget mengandungi
16 nutrien lengkap yang disaluti oleh lapisan Agglomerasi Polimer
supaya nutrien-nutrien ini dilepaskan ke dalam tanah secara
terkawal sehingga 2 bulan.
Kajian saintifik melaporkan nutrien-nutrien mikro terpilih bukan sahaja meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan kandungan lignin dalam pokok sawit.

Dalam tanaman, lignin terdapat disekeliling dinding sel xylem. Lignin akan menambahkan kekuatan mekanikal pada dinding sel dan bertindak sebagai perisai bagi mengurangkan serangan kulat terhadap tanaman.

Nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam baja KAMILA™ berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam tanaman serta berpotensi mengurangkan serangan ganoderma. Kesan yang jelas akan hanya diperolehi jika baja KAMILA™ digunakan secara berterusan bagi pembentukan bahan lignin yang sempurna dalam batang dan akar pokok sawit supaya dapat mengawal bahagian ini dari diserang kulat dan penyakit.

Gambar di sebelah menunjukkan lignifikasi yang tebal membuat hypha @ akar kulat tidak boleh menembusi sel Xylem
Lignin memberi kekuatan mekanikal pada dinding sel terhadap serangan kulat dan bakteria.
INOVASI KAMILA MAMPU MENCEGAH GANODERMA
KULAT GANODERMA
TANDA-TANDA SERANGAN GANODERMA
PERLEPASAN NUTRIEN SECARA TERKAWAL

Kebanyakan baja NPK yang digunakan di ladang sawit sering mengalami kehilangan nutrien yang serius dan boleh mencapai melebihi 60% dalam keadaan hujan yang lebat (>34mm) dalam masa 2-3 hari. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menyerap sepenuhnya baja yang dibekalkan kerana hilang dan mengakibatkan hasil yang rendah walaupun pokok telah dibaja.















Keistimewaan teknologi baja KAMILA™ ini adalah kerana ianya larut dalam air secara terkawal di mana nutrien dilepaskan kepada akar dalam tempoh
1-2 bulan serta mengikut keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yang cukup untuk akar mengambil nutrien secara efektif dan efisien.

Penggunaan Teknologi Agglomerasi Polimer dari Jerman berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan nutrient akibat larian permukaan kerana baja ini bersaiz besar serta disaluti oleh jaringan polimer bersifat "hydrophobic" (nyah air) yang melarutkan nutrien-nutrien secara terkawal.

Baja KAMILA™ ini berbentuk oval atau nuget dikeluarkan dalam bentuk dua saiz iaitu 8g dan 15g bagi kegunaan tanah mineral dan tanah gambut. Ketulan baja KAMILA™ mengandungi nutrien yang disaluti oleh jaringan polimer hidropobik supaya nutrien-nutrien ini dapat dilepaskan ke dalam tanah secara perlahan sehingga 2 bulan.
   KAMILA              COMPOUND
Kesan kehilangan baja
selepas 25mm hujan
     KELEBIHAN KAMILA™

 
  1.   Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman
    2.  Meningkatkan kadar fotosintesis
    3.  Meningkatkan kesuburan debunga
    4.  Meningkatkan berat dan bilangan tandan
    5.  Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)
    6.  Mengandungi nutrien-nutrien makro dan mikro
    7.  Berpotensi mencegah penyakit ganoderma melalui proses lignifikasi
    8.  Mengurangkan kehilangan nutrien akibat hujan lebat
    9.  Menambahkan pendapatan petani berganda


    KAWALAN MUTU
CARA PENGGUNAAN BAJA KAMILA™

POKOK 1 TAHUN

Tanamkan baja KAMILA™ sebanyak 0.4 kg ini ke dalam lubang pokok sewaktu kerja-kerja pemindahan anak sawit ke ladang dilakukan. Selepas 4 bulan pemindahan ke ladang, taburkan 0.4 kg baja KAMILA™ bagi setiap pokok di bawah kanopi pokok sawit. Selepas 8 bulan pemindahan taburkan 0.4 kg lagi baja KAMILA™ di sekeliling kanopi pokok sawit.

POKOK 2-5 TAHUN

Taburkan baja KAMILA™ di sekeliling bawah kanopi pokok sawit bagi kawasan yang rata atau landai mengikut kadar yang disyorkan seperti dalam jadual syor baja. Jika kawasan itu berbukit dan curam, membaja hendaklah dilakukan dengan membuat 4 lubang dan agihkan baja KAMILA™ sama rata ke dalam setiap lubang. Kaedah menanam ini akan memberi kesan yang lebih efektif dengan memberi jangka hayat baja KAMILA™ sehingga 2-3 bulan dalam tanah bagi kawasan berbukit dan curam.

POKOK 6 TAHUN KE ATAS

Membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILA™ di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan yang rata atau landai. Jika kawasan itu berbukit dan curam, membaja hendaklah dilakukan dengan membuat 4 lubang dan agihkan baja KAMILA™ sama rata ke dalam setiap lubang. Kaedah menanam ini akan memberi kesan yang lebih efektif dengan memberi jangka hayat baja KAMILA™ sehingga 2-3 bulan di dalam tanah.
KESAN PENGGUNAAN BAJA KAMILA™

Meningkatkan kesuburan bunga jantan dan betina.
Meningkatkan hasil sawit melalui : Saiz Tandan - Saiz buah : > 3 bulan - Bilangan buah : > 6 bulan - Bilangan Tandan : > 30 bulan


KESIMPULAN KAMILA™
BIL
FAKTA
KAMILA
NPK
1
  Kandungan lengkap 16 unsur makro & mikro
Ya
Tidak
2
  Mengukuhkan lignin pokok sawit, mencegah dari ganoderma
Ya
Tidak
3
  Penggunaan baja sepokok / setahun
6 Kg
9 Kg
4
  Kos penggunaan baja seekar / tahun (RM)
1,115.00
1,188.00
5
  Peratus kehilangan baja oleh larut lesap
10%
95%
6
  Jangkamasa larut sepenuhnya ( kaedah tanam )
2 bulan
3 hari
7
  Jaminan kandungan 100%
Ya
Tidak
8
  Penjimatan sebanyak
18 kali ganda
-
9
  Disyorkan oleh IFDC teknologi masa depan
Ya
Tidak
10
  Meningkatkan hasil sehingga
30%
-
11
  Pembungkusan Mesra Pengguna
25 Kg
50 Kg
12
  Ketahanan simpanan
2 Tahun
-
13
  Harga saingan sehingga RM 10,000 / tan
RM 3,520
-
Facebook  |  Twitter  |  YouTube  |  Google Maps
Hakcipta Terpelihara © 2012 www.peladangtech.com.my. All Rights Reserved
Testimoni  |  Pengedar Rasmi  |  Hubungi Kami  |  Terma & Syarat  |  Ruangan Berita  |  Pautan Terkini